Wednesday, July 20, 2011

PERCAYA DENGAN PASTI


Bahagia itu di redhamu

“Abang, saya dah tak larat…”

Azam meletakkan majalah Solusi yang sedang dibacanya dan menatap wajah isterinya.

“kenapa ni..?” sapanya lembut.

“Saya dah tak larat nak hidup macam ni. Dah tak larat nak berpura-pura. Berpura-pura dengan diri sendiri, dengan mak ayah, dengan segala-galanya!”

Azam diam untuk terus mendengar luahan hati isterinya, walaupun sedikit sebanyak dia tahu apa yang terbuku.

“Saya teringat semua kenangan indah di luar Negara dulu. Dulu saya bebas buat semua yang saya mahu. Kenangan manis dalam tarbiyah dan dakwah. Mengembara ke sana ke sini menyebarkan kalam Allah. Bersama teman-teman menimba ilmu Allah dalam usrah dan daurah. Setiap hari adalah sebuah kisah manis walaupun tak semua nya yang berlaku indah..”

“tapi sekarang…saya tak tahu lagi ke mana saya menuju…semuanya Nampak gelap…saya tak tahu apa yang saya nak buat..pergeraka saya terbatas, emak ayah tak faham, terpaksa berlakon dan berpura-pura…segala seruan terhenti tiba-tiba..iman pun makin menipis, dah takde motivasi untuk beramal sesungguh hati, tiba2 dah jadi makin larut dan makin jauh…saya dah tak larat…”

Azam mendengar dengan tekun. Sungguh dia faham luahan hati isterinya itu, kerana dia juga berada di tempat yang sama.

Azam melirik senyum dan perlahan-lahan bertanya,

“Islam tu apa?”

Isterinya memandang hairan kepada mukadimah nasihat tersebut. Tidak segera menjawab..

“Islam itu ialah sabar dan ikhlas, sabar dan ikhlas itu adalah sebuah keredhaan. Redha pada segala-galanya, bukan hanya redha pada perkara yang kita suka sahaja..” masih dengan senyuman..

Dan menyambung..”Hanya dengan keredhaan, maka kita akan beroleh bahagia”

“Dan redha itu hanya datang bila kita percaya tak ada satu perkara pun dalam hidup ni yang berlaku secara kebetulan, semuanya sudah Allah aturkan dan punya sebab, hatta sekecil2 perkara. Contohnya macam orang yang tersepak batu. Mesti sakit, mesti rasa nak marah. Hanya dengan rasa redha bahawa tersepak batu tu bukan satu perkara kebetulan, mesti ada sebab, mungkin masa dia berjalan tu dia teringat nak buat dosa, atau teringat keburukan kawan, atau sedng hanyut dalam angan-angan dan Allah menyelamatkan dia dari perkara2 tersebut. Kalau dia redha pada waktu itu, maka dia akan rasa tenangn walaupun kaki sakit”

“Sama juga orang yang miskin yang asyik mengeluh, menyesali masa lalu, kenapalah dulu aku tak belajar sungguh2, kenapalah mak ayah aku dulu pun miskin tak mampu sekolahkan aku elok2, kenapalah dah usaha keras masih tak hidup senang juga…kalau dia redha, pasti dia dapat lihat, Allah kurniakan dia anak2 soleh yang menghargai penat lelah seorang ayah membesarkan mereka degan duit halal dan akhirnya menjaga dia dengan baik di hari tua.”

“tapi ramai orang, gagal merasai kebahagiaan yang sepatutnya mereka kecapi ini kerana mereka tidak redha. Hanya sesudah mereka nampak hikmah di sebalik segala yang berlaku, barulah mereka rasa gembira, tapi sayang, hanya selepas mengeluh bertahun2 baru bertemu bahagia, sedangkan sepatutnya mereka sudah merasai bahagia itu awal2 lagi andainya dahulu mereka redha!”

Isterinya merenung jauh, tidak berkedip, mula berfikir….

“Allah memberikan kita sebuah cerita tentang redha dan bahagia ini melalui kisah Nabi Yusuf di dalam Al-Quran. Kita pun tahu kisahnya, seperti diceritakan dalam surah Yusuf, tentang keperitan demi keperitan yang Nabi Yusuf hadapi. Mula2 dipisahkan dari ayah yang disayangi, dijauhkan dari hidup senang di rumah ayah, dikerah menjadi hamba yang tak punya kebebasan hidup, kemudian difitnah pula, dibiar dalam penjara bertahun2 lamanya. Lama selepas itu barulah dia dibebaskan dan diberikan jawatan dan kesenangan hidup. Dan apakah kata2 Nabi Yusuf selepas itu kepada Allah? Katanya dalam surah Yusuf ayat ke 100: ‘………..Dan sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikannya kenyataan. Sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari penjara dan ketika membawa kamu dari dusun,…..”

Subhanallah! Selepas ditinggalkan seorang diri, dirampas segala kesenangan hidup termasuk kebebasan masa kanak2 dan maza remajanya, dihina dengan fitnah yang memalukan, hidup dalam kerendahan di penjara bertahun2, ternyata segalanya itu tidak berbekas di hati Nabi Yusuf, yang hanya diucapkan setelah semuanya berlalu ialah, ‘Tuhanku telah berbuat baik kepadaku…’ “

“Ternyata, sebuah keredhaan yang sangat agung..”

“itulah rahsia untuk bahagia, yaitu redha pada segala yang berlaku dalam hidup kita, dan yakin, segala yang berlaku adalah dalam perancangan Allah yang hendak memberikan kita sesuatu yang sangat baik untuk kita, yang kita tak nampak lagi”

“Dan juga, ianya adalah bicara Allah kepada kita. Ketika kita merasai di puncak dunia, ketika kita merasai bahawa kita adalah yang terbaik, kita diperlukan, kita akan selamat, dan ketika kesombongan meresap masuk ke dalam hati kita, ketika itulah Allah berbicara mengingatkan kita, jangan sombong…….”

“Sama, abang pun sama, rasa seperti semuanya di rampas bila bertukar medan. Abang pun lalui perkara yang sama, pernah rasa seperti di puncak. Bukan dalam kenikmatan dunia, tapi rasa seperti di kemuncak dalam dakwah dan tarbiyah! Ligat ke sana ke sini, menyeru tak henti2, seperti tak kenal penat…”

“Abang akui, tanpa sedar, kesombongan dan rasa takjub menempati hati. Ras amacam dah buat banyak dan rasa seolah2 jalan ini amat memerlukan abang. Tapi syukur, Allah beri peringatan…Nah sekarang Allah letakkan abang, dan sayang, di zon yang amat jauh dari zon selesa kita dahulu. Jauh dari kebiasaan2 kita dahulu, dan jauh dari daerah yang kita bebas berlari di dalamnya dahulu dan dicampakkan ke sebuah zon yang segala sudut dan penjuru datang menyerang, seolah2 tak mengizinkan kita untuk laju dalam dakwah dan tarbiyah…”

“tetapi di sinilah sabar dan ikhlas kita diuji. Yaitu keredhaan kita…”

Azam memandang wajah isterinya. Redup.

“sayang, semua perkara dalam hidup ini, Allah yang pegang, kita sedikit pun tak berkuasa memutuskan apa yang akan hadir dalam hidup kita. Kita tak memilih ibu bapa kita, maka kita kena redha dengan sikap ibu ayah kita yang Allah telah pilih untuk menjadi ibu ayah kita. Kita tak pilih teman2 yang hadir dalam hidup kita, maka kita kena redha dengan segala sikap dan kekurangan mereka”

“Sama juga, kita tak memilih untuk ditemukan satu sama lain. Allah yang tentukan, dan ianya bukan sebuah kebetulan bahawa abang adalah suami sayang. Abang hadir dalam hidup sayang pasti punya sebab yang besar, walaupun mungkin kita tak nampak lagi…..maka kita kena redha pada segala2nya..”

Isterinya terus menunduk sayu, mencerna setiap bait kata2 suami tercinta…

Azam menyambung sekali lagi..

“InsyaAllah sayang, satu hari nanti kita pasti akan Nampak hikmahnya atas ujian ini. Dan satu hari nanti, kita akan peroleh kembali sayap dakwah dan tarbiyah kita, dan waktu itu kita akan sama2 terbang tinggi dan kencang, sambil tak henti2 melafazkan,

‘Lihatlah, Tuhanku telah berbuat baik kepadaku’

Redhalah pada segala2nya, dan percaya Tuhan sedang berbuat baik kepadamu, maka kau akan bahagia…………

No comments:

Post a Comment