Monday, September 26, 2011

kita hanya pemegang amanah....

Bila manusia dapat sesuatu, maka timbul pula kesedihan dan keresahan. Kenapa? Kerana takut kehilangan sesuatu itu. Bila ia benar2 berlaku saat sesuatu itu hilang entah ke mana. Dia berdukacita terkadang sampai hilang punca.

Kenapa mesti begini wahai hati?

Laa Tahzan! Jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita itu hanya pinjaman sementara. Tiada yang kekal.

Duhai hati,

Allah pinjamkan kita sesuatu, Allah akan tarik kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Malah kita juga pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah sampai satu waktu dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada sang empunya.

Sedarlah, antara hidup dan mati serta semua harta yang kita punya saat ini adalah milik Allah. Nyawa yang masih dipinjamkan pada kita, tubuh yang boleh bergerak ke sana-sini, setiap degup jantung malah setiap hela nafas dan titik darah kita hanya milik Allah. Berapa lama pinjaman sementara ini? Hanya Allah yang mengetahui.

Maka jika itu kita yakini sepenuh hati, apabila kita kehilangan sesuatu, apakah kita akan bersedih hingga hilang punca dan gila? Tidak, kita tidak boleh bersedih kerana sesuatu yang bukan milik kita.

Duhai hati yang menangis,

Tenanglah. Bila terasa diri seperti sudah tak mampu bergerak dan tidak punya apa2. Jangan menyerah kalah atau hilang punca. Dunia ini belum berakhir,masih punya waktu untuk berjuang. Carilah Allah dalam hatimu. Apa Dia berada di tempat yang sepatutnya?

Duhai hati yang resah,

Jangan sesekali kau sandarkan kebahagiaan itu pada sesuatu yang sementara. Pada manusia yang akan mati, pada harta yang akan habis, atau pada dunia yang pasti akan berakhir. Kembalilah pada Allah. Pemilik dan pencipta yang kekal. Yang tetap ada walau kadang2 kita lupa. Yang tetap sayang pada hamba2Nya. Bersangka baiklah pada setiap apa yang terjadi kerana perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.

Kadang2 berdepan dengan kenyataan yang menakutkan dan menyakitkan.

Tapi sampai bila nak lari?

Resah?

Buang jauh2 sampai aku lupa wujudnya…

Friday, September 16, 2011

update pliz....

assalamualaikum....
lamanya xupdate blog...rndu plak nk update blog ni...
bukan pa sntsa bz n tiada msa nk lyan blog...dlu bukan men smgt stiap hri msti post....
besala dh nek sem mcm ni la...msa nk tgk blog xda dh...sntsa bz dgn program n kuliah.....
da msa jmpa ag ya...huhu

Saturday, September 3, 2011

Malas Sembahyang...


Apasal la engkau malas sembahyang

Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang

Bukan ke lebih beruntung dari tiang

Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang

Kerja dah best keluarga pun dah senang

Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang

Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....

Apasal la engkau malas sembahyang

Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang

Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang

Main bola engkau sanggup sampai petang

Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang

Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang?..

Apasal la engkau malas sembahyang

Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang

Pagi kita sihat petang boleh kejang

Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la engkau malas sembahyang

Siksa neraka cuba la engkau bayang

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang....

Friday, September 2, 2011

Jika Kamu Mengatakan Cinta...

Jika kamu memancing ikan..

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.

Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU.

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.


copy from this site:

http://pakarcinta.com/blog/jika-kamu-mengatakan-cinta/

Thursday, September 1, 2011

bacalah....

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..

Jangan pernah kita sakiti hatinya

Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..

Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering

Cinta tidak akan abadi jika di antara kita

Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian

dan Cinta akan hancur

Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..

Jagalah hati pasangan kita masing – masing

Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan semangat..

Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..

bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..

kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..

janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..

kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,

maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..

melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.

Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat

apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..