Thursday, July 28, 2011

mEMiLiH yAnG tERbAiK


manusia selalu menunding jari...
yang belum menemui jodoh dikatakan terlalu memilih..
ya... aku akui... aku memang memilih...
memilih isterii terbaik untukku
memilih menantu terbaik untuk ibubapaku
memilih ibu terbaik untuk anak-anakku
memilih perempuan yang mampu membuatkan aku bahagia
dunia dan akhirat...

aku tak mahu nanti aku ragu padanya
aku tak mahu nanti aku terkasar padanya
aku tak mahu nanti aku mengguris hatinya

tapi salahkah aku memilih?
ya... aku akui... aku tak punya apa apa
untuk memilih yang terbaik...
aku tak layak memilih yang terbaik
kerana aku bukan yang terbaik
terbaik di mata ku
bukan bermakna dia insan sempurna
kerana tiada insan sempurna selain Rasulullah...
terbaik dimata ku
tidak bermaksud terbaik dimata semua manusia
cukuplah sekadar mampu memberiku bahagia...
kerana bahagia itu berbeza maksud bagi setiap insan

Hanya ALLAH yang tahu...
Siapakah yang terbaik untukku itu...
Biarlah masa yang menentukan segalanya..
Moga aku ditemukan dan disatukan
dengan yang terbaik untukku..
Bahagia yang ku nantikan
darimu yang terbaik untukku...


Wednesday, July 27, 2011

ampunkan dosaku YA ALLAH....

Di satu senja yang hening, kelihatan seorang wanita berjalan terhuyung hayang. Pakaiannya yang serba hitam itu menandakan dia sedang berdukacita dan berkabung. Kerudungnya hampir menutup seluruh wajahnya yang kelihatan sedih dan tidak bermaya. Namun, kesedihan itu tidak dapat menyembunyikan rautnya yang ayu sekali pun tanpa sebarang solekan. Sesekali angin yang bertiup menampakkan kulitnya yang mulus bersih dan terselindung di sebalik purdah yang dipakai.

Wanita itu berjalan dengan langkah longlai menuju ke kediaman Nabi Musa AS. Ada apakah hajatnya? Tambahan pula datang ketika waktu senja-senja begitu?

Pintu rumah Nabi Musa diketuk perlahan-lahan sambil memberikan salam. Seketika kemudian, terdengarlah ucapan dari dalam,“Silakan masuk.”

Sambil menundukkan kepala dan melindungkan wajahnya, wanita itu menuju ke arah Nabi Musa AS. Dengan deraian air mata, wanita itu berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah aku. Doakan aku agar Tuhan berkenan mengampuni segala dosa keji yang telah kulakukan. Bolehkah tuan membantu aku?”.

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa ingin tahu. Pada hematnya, wanita itu kelihatan seperti orang baik-baik. Apakah dosanya itu besar sekali sehingga dia terpaksa datang memohon bantuan darinya?

“Aku takut mengatakannya. Dosaku terlalu besar,” jawab wanita itu.

“Katakanlah agar aku boleh mendoakan bagi pihakmu. Jangan ragu-ragu. Ceritakan kepadaku,” desak Nabi Musa pula.

Dengan suara yang terputus-putus, perempuan itu berkata, “Aku…telah berzina…”

Nabi Musa tersentak. Dia tidak mampu menahan rasa terkejut mendengar kata-kata wanita itu.

“Dari penzinaan itu, aku pun hamil. Setelah anak itu lahir, aku merasa takut sekali kalau-kalau orang lain tahu apa yang telah aku lakukan. Kemudian aku cekik leher anak itu sampai…dia akhirnya mati di tanganku..” jelas wanita itu sambil menangis semahu-mahunya.

Habis saja mendengar cerita wanita itu, Nabi Musa lantas bangun dan mengherdik.

“Wahai perempuan! Nyah segera kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak mengenai rumahku ini kerana perbuatanmu yang hina itu. Pergi…!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mukanya. Alangkah kejinya perbuatan wanita itu! Alangkah hinanya sampai dia sanggup membunuh bayi yang tidak berdosa!

Dengan hati yang hancur luluh, wanita itu bangkit dan melangkah pergi. Hayunan kakinya terhuyung hayang kerana terlalu sedih sekali. Sambil meratap dan menangis, dia tidak tahu ke mana lagi ingin pergi. Malang sekali nasibnya. Kalau seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain boleh menerimanya. Jadi, adakah ruang untuk dia terus hidup di dunia ini?

Dengan dosa yang terpikul dibahu, wanita itu terus melangkah mengikut kata hatinya. Dia tidak tahu, malaikat Jibril telah turun mendatangi Nabi Musa selepas itu.

Jibril telah bertemu dengan Nabi Musa dan bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripada apa yang dilakukan wanita itu?".

“Apakah ada dosa yang lebih besar daripada yang dilakukan perempuan nista itu? Katakan kepadaku dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kehairanan.

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas.

“Itulah dosa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina,” sambung Jibril.

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa tersedar kesilapannya kerana terlalu cepat menjatuhkan hukuman. Tidak adil dia menghalau seorang wanita yang sudah insaf akan kesalahannya.

Tanpa berlengah, Nabi Musa pun memanggil wanita itu datang menghadap kembali padanya. Setelah itu, dia mengangkat tangan dengan khusyuk dan memohon keampunan kepada Allah untuk wanita itu. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Mereka itu seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan ibarat menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Ini berbeza dengan orang yang bertaubat dan menyesali segala dosa-dosa mereka dengan bersungguh-sungguh. Mereka ini masih mempunyai iman di dada dan yakin Allah akan mengampuni setiap hamba-Nya yang bertaubat dengan syarat ia adalah sebenar-benar taubat.

pELiTa HiDuP

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Monday, July 25, 2011

JANGAN BERCAKAP SAHAJA

Kalau anda perhatikan di sekeliling anda hari ini, memang payah nak jumpa orang yang sanggup lakukan apa yang dikatakannya. Lebih ramai yang pandai bercakap itu dan ini, tapi satu pun tak buat! Jangankan orang politik, orang yang bukan dalam bidang itu pun dah jadi sama saja. Agaknya dah tak ada lagi perkataan 'ikhlas' dalam diari hidup kita semua. Sedihnya! Yang paling menyedihkan, ramai juga yang suka ambil kesempatan. Apa saja yang dia mahukan atau idamkan, dia mahu orang lain lakukan begitu untuknya. Kalau tidak, dia tidak akan jadikan kita kawannya lagi, atau mudah cerita, akan dicari jalan untuk menikam kita dari belakang. Teruknya!

Di manakah letaknya tiang keimanan kita? Apakah sudah lama jatuh dan tak boleh ditegakkan lagi? Hidup hari ini hanya sekadar untuk diri kita sahaja? Kita dah tak mahu pedulikan orang lain? Atau mungkin kita rasa bahawa apa sahaja yang kita lakukan, asal ia dilindungi dengan perkataan 'agama', maka secara automatik ia menjadi mulia? Kejamnya kita.

Mungkin kita anggap orang lain mudah kita permainkan dengan kata-kata yang kita keluarkan. Kan kita ini bijak pandai orangnya? Orang pun tahu yang kita sering cerita-ceritakan tentang agama. Jadi kerana itu, kita pun rasa kita berkuasa untuk lakukan apa saja kerana orang tak rasa yang kita sebenarnya tak ikhlas mana. Akhirnya... duitlah yang menjadi pedoman kita.


Ampunkanlah... kalau itu yang terselit di hati.

Thursday, July 21, 2011

pengalaman





























pengalaman 20 Julai 2011....
bukan senang pegang bhgian teknikal pesta konvo ni...malam 2 meeting PP,TPP pesta konvo....serabut gak time 2, lesson plan xsiap g...nk xnk kna p gak meeting 2..kna bentang suma bnda yg kmi wat n mslh yg prlu kmi bincangkn bsama....tba2 trma kol Pn Hamidah, kanopi msok mlm ni...so kna p tapak,tggu kontraktor...serabut gila time 2....tggu kontraktor dr kui 11lbih smpai kui 3lbih....mak(Cik Sha) n Zai dtg time 2 tmankn skejap....thnkz sbb sudi trun pdang wlaupn dia pegawai atsn...mak suh kol ank buah tok tmankn....igtkn nk uruskn sorang ja,xnk susahkn dpa..ag2 plak tgh mlm n siap2 pn subuh....bla mak dh suh cm2,tpksala ekot jgak....soe ya ank2 buah.....kontraktor smpai kui 3lbih...lma gila kmi tggu....nseb bekla da anak buah tmankn....anak buah yg stsa aktif n buat kt org sntsa ktwa....smbil 2 wat lesson plan bwah sinaran lampu jalan....alhmdlh siap gak time 2.....kt org xlarat nk tggu smpai bis smpai suma ttdo....pas 2 kt org blik kui 4 sbb suma xlrat dh.....thnkz ya smua tmankn PP korang ni....appreciate it....

pengalaman 21 Julai 2011....
tdo pn kul 4.30 cm2....kna bgun awl sbb praktikal..kerjaya sbgai seorang guru bukan mudah n xsusah...hri ni memang sukar bg aku....pensyarah dtg tba2 observe plak...aduhai...serabut gila time 2...dhla wat lesson plan besa ja n bsedia sgt pn...tie 2 kna pnjm bilik audio...pas 2 projector xbfungsi lgsung dh....wat hal betoi....pas 2 redha ja.....time trma komen dr pensyarah down ja rsa....suma serba xkna tp xpala siapa xknai pensyarah 2....dia memg jnis cm2...tp xpala,ak byk bljr dr komen tsebut.....wlaupn ak cuba menegakkan bnda yg betoi tp bla dgn pensyarah 2,xda spa yg akn menang....nk xnk kna trma ja....but thnkz sgt2 kat dia sbb byk ajar bnda2 baru yg ak prlu phmi suma 2...thnkzz......

Wednesday, July 20, 2011

PERCAYA DENGAN PASTI


Bahagia itu di redhamu

“Abang, saya dah tak larat…”

Azam meletakkan majalah Solusi yang sedang dibacanya dan menatap wajah isterinya.

“kenapa ni..?” sapanya lembut.

“Saya dah tak larat nak hidup macam ni. Dah tak larat nak berpura-pura. Berpura-pura dengan diri sendiri, dengan mak ayah, dengan segala-galanya!”

Azam diam untuk terus mendengar luahan hati isterinya, walaupun sedikit sebanyak dia tahu apa yang terbuku.

“Saya teringat semua kenangan indah di luar Negara dulu. Dulu saya bebas buat semua yang saya mahu. Kenangan manis dalam tarbiyah dan dakwah. Mengembara ke sana ke sini menyebarkan kalam Allah. Bersama teman-teman menimba ilmu Allah dalam usrah dan daurah. Setiap hari adalah sebuah kisah manis walaupun tak semua nya yang berlaku indah..”

“tapi sekarang…saya tak tahu lagi ke mana saya menuju…semuanya Nampak gelap…saya tak tahu apa yang saya nak buat..pergeraka saya terbatas, emak ayah tak faham, terpaksa berlakon dan berpura-pura…segala seruan terhenti tiba-tiba..iman pun makin menipis, dah takde motivasi untuk beramal sesungguh hati, tiba2 dah jadi makin larut dan makin jauh…saya dah tak larat…”

Azam mendengar dengan tekun. Sungguh dia faham luahan hati isterinya itu, kerana dia juga berada di tempat yang sama.

Azam melirik senyum dan perlahan-lahan bertanya,

“Islam tu apa?”

Isterinya memandang hairan kepada mukadimah nasihat tersebut. Tidak segera menjawab..

“Islam itu ialah sabar dan ikhlas, sabar dan ikhlas itu adalah sebuah keredhaan. Redha pada segala-galanya, bukan hanya redha pada perkara yang kita suka sahaja..” masih dengan senyuman..

Dan menyambung..”Hanya dengan keredhaan, maka kita akan beroleh bahagia”

“Dan redha itu hanya datang bila kita percaya tak ada satu perkara pun dalam hidup ni yang berlaku secara kebetulan, semuanya sudah Allah aturkan dan punya sebab, hatta sekecil2 perkara. Contohnya macam orang yang tersepak batu. Mesti sakit, mesti rasa nak marah. Hanya dengan rasa redha bahawa tersepak batu tu bukan satu perkara kebetulan, mesti ada sebab, mungkin masa dia berjalan tu dia teringat nak buat dosa, atau teringat keburukan kawan, atau sedng hanyut dalam angan-angan dan Allah menyelamatkan dia dari perkara2 tersebut. Kalau dia redha pada waktu itu, maka dia akan rasa tenangn walaupun kaki sakit”

“Sama juga orang yang miskin yang asyik mengeluh, menyesali masa lalu, kenapalah dulu aku tak belajar sungguh2, kenapalah mak ayah aku dulu pun miskin tak mampu sekolahkan aku elok2, kenapalah dah usaha keras masih tak hidup senang juga…kalau dia redha, pasti dia dapat lihat, Allah kurniakan dia anak2 soleh yang menghargai penat lelah seorang ayah membesarkan mereka degan duit halal dan akhirnya menjaga dia dengan baik di hari tua.”

“tapi ramai orang, gagal merasai kebahagiaan yang sepatutnya mereka kecapi ini kerana mereka tidak redha. Hanya sesudah mereka nampak hikmah di sebalik segala yang berlaku, barulah mereka rasa gembira, tapi sayang, hanya selepas mengeluh bertahun2 baru bertemu bahagia, sedangkan sepatutnya mereka sudah merasai bahagia itu awal2 lagi andainya dahulu mereka redha!”

Isterinya merenung jauh, tidak berkedip, mula berfikir….

“Allah memberikan kita sebuah cerita tentang redha dan bahagia ini melalui kisah Nabi Yusuf di dalam Al-Quran. Kita pun tahu kisahnya, seperti diceritakan dalam surah Yusuf, tentang keperitan demi keperitan yang Nabi Yusuf hadapi. Mula2 dipisahkan dari ayah yang disayangi, dijauhkan dari hidup senang di rumah ayah, dikerah menjadi hamba yang tak punya kebebasan hidup, kemudian difitnah pula, dibiar dalam penjara bertahun2 lamanya. Lama selepas itu barulah dia dibebaskan dan diberikan jawatan dan kesenangan hidup. Dan apakah kata2 Nabi Yusuf selepas itu kepada Allah? Katanya dalam surah Yusuf ayat ke 100: ‘………..Dan sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikannya kenyataan. Sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari penjara dan ketika membawa kamu dari dusun,…..”

Subhanallah! Selepas ditinggalkan seorang diri, dirampas segala kesenangan hidup termasuk kebebasan masa kanak2 dan maza remajanya, dihina dengan fitnah yang memalukan, hidup dalam kerendahan di penjara bertahun2, ternyata segalanya itu tidak berbekas di hati Nabi Yusuf, yang hanya diucapkan setelah semuanya berlalu ialah, ‘Tuhanku telah berbuat baik kepadaku…’ “

“Ternyata, sebuah keredhaan yang sangat agung..”

“itulah rahsia untuk bahagia, yaitu redha pada segala yang berlaku dalam hidup kita, dan yakin, segala yang berlaku adalah dalam perancangan Allah yang hendak memberikan kita sesuatu yang sangat baik untuk kita, yang kita tak nampak lagi”

“Dan juga, ianya adalah bicara Allah kepada kita. Ketika kita merasai di puncak dunia, ketika kita merasai bahawa kita adalah yang terbaik, kita diperlukan, kita akan selamat, dan ketika kesombongan meresap masuk ke dalam hati kita, ketika itulah Allah berbicara mengingatkan kita, jangan sombong…….”

“Sama, abang pun sama, rasa seperti semuanya di rampas bila bertukar medan. Abang pun lalui perkara yang sama, pernah rasa seperti di puncak. Bukan dalam kenikmatan dunia, tapi rasa seperti di kemuncak dalam dakwah dan tarbiyah! Ligat ke sana ke sini, menyeru tak henti2, seperti tak kenal penat…”

“Abang akui, tanpa sedar, kesombongan dan rasa takjub menempati hati. Ras amacam dah buat banyak dan rasa seolah2 jalan ini amat memerlukan abang. Tapi syukur, Allah beri peringatan…Nah sekarang Allah letakkan abang, dan sayang, di zon yang amat jauh dari zon selesa kita dahulu. Jauh dari kebiasaan2 kita dahulu, dan jauh dari daerah yang kita bebas berlari di dalamnya dahulu dan dicampakkan ke sebuah zon yang segala sudut dan penjuru datang menyerang, seolah2 tak mengizinkan kita untuk laju dalam dakwah dan tarbiyah…”

“tetapi di sinilah sabar dan ikhlas kita diuji. Yaitu keredhaan kita…”

Azam memandang wajah isterinya. Redup.

“sayang, semua perkara dalam hidup ini, Allah yang pegang, kita sedikit pun tak berkuasa memutuskan apa yang akan hadir dalam hidup kita. Kita tak memilih ibu bapa kita, maka kita kena redha dengan sikap ibu ayah kita yang Allah telah pilih untuk menjadi ibu ayah kita. Kita tak pilih teman2 yang hadir dalam hidup kita, maka kita kena redha dengan segala sikap dan kekurangan mereka”

“Sama juga, kita tak memilih untuk ditemukan satu sama lain. Allah yang tentukan, dan ianya bukan sebuah kebetulan bahawa abang adalah suami sayang. Abang hadir dalam hidup sayang pasti punya sebab yang besar, walaupun mungkin kita tak nampak lagi…..maka kita kena redha pada segala2nya..”

Isterinya terus menunduk sayu, mencerna setiap bait kata2 suami tercinta…

Azam menyambung sekali lagi..

“InsyaAllah sayang, satu hari nanti kita pasti akan Nampak hikmahnya atas ujian ini. Dan satu hari nanti, kita akan peroleh kembali sayap dakwah dan tarbiyah kita, dan waktu itu kita akan sama2 terbang tinggi dan kencang, sambil tak henti2 melafazkan,

‘Lihatlah, Tuhanku telah berbuat baik kepadaku’

Redhalah pada segala2nya, dan percaya Tuhan sedang berbuat baik kepadamu, maka kau akan bahagia…………

i luv ALLAH....


Hari kita bermula di waktu Subuh.Sedang kita lena dibuai mimpi,kita dikejutkan dengan azan Subuh,memanggil-manggil kita untuk bangun, bersembahyang dan mengingati Allah.Bangun dengan 1 rasa kesyukuran sebab Allah bagi kita peluang lagi untuk bernafas dan meneruskan hidup atas muka bumi. Bermula dari siang,sampai ke malam,5 kali kita dipanggil untuk menyembah Yang Maha Esa.Tapi tak bermakna bila solat sahaja kita perlu ingat pada Allah,bahkan setiap perlakuan,tutur kata dan niat kita juga hendaklah selalu ingat pada Allah. Setiap perkara baik yang kita niatkan kerana Allah, InsyaAllah dijanjikan pahala. Hidup kita ni hanya untuk Allah SWT.

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan kasih merubah takdir

Tapi sayangnya,kita selalu ingat pada Allah waktu-waktu tertentu sahaja.Waktu kita sihat,muda,kaya,lapang dan masih bernafas kita lupa pada Allah.Kita lupa nak bersyukur dengan setiap pemberianNya.Kita lupa yang Allah mencipta kita.Sebaliknya bila dah sakit,tua,dah jatuh miskin,hidup dalam kesempitan dan dah nak mati,baru la kita rasa menyesal,baru la nak ingat pada Allah,baru la nak mengharapkan pertolongan Allah. Tapi Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.Bila kita sakit,Allah sembuhkan,Allah beri kekuatan.Bila kita kesempitan,Allah tunjukkan jalan untuk keluar dari kesempitan tu.Bila kita rasa lapar,Allah beri kita rezeki meimpah ruah atas muka bumi ni. Janganlah nak tunggu ada masalah baru berdoa pada Allah,sebab Allah sentiasa mendengar doa kita,tak kira la waktu kita susah atau senang.

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu,
Terasa diriku kembali dipandu

Kita sedar,tapi kita buat-buat tak sedar yang Allah sayang pada kita.Ujian demi ujian Allah beri pada kita,bukan untuk menyeksa kita,tapi untuk mematangkan kita,untuk buat kita ingat padaNya,untuk kita menghargai pemberianNya,untuk menyedarkan kita yang kita yang kita berpijak di bumiNya.Tapi kita selalu mengeluh setiap kali ujian datang,kita salahkan orang lain,kita tunding jari pada orang lain dan lebih buruk bila kita salahkan Allah.Padahal kita tahu,ujian demi ujian datang sebab Allah sayangkan kita.Allah Maha Adil,Allah tak kan beri ujian pada kita melebihi kemampuan kita. Hadapi setiap ujian dengan tabah,dan ingatlah yang Allah sentiasa ada untuk kita. Banyak cara untuk mengingati Allah,antaranya berzikir. Kurangkan bercakap perkara sia2.Basahkan lidah dengan zikir-zikir mengingati Allah.

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Akui la Allah kekasih pertama setiap insan.Banyak nikmat yang Allah beri,nikmat Islam,nikmat hidup,nikmat dapat bernafas,nikmat dapat berpijak atas bumiNya.Allah sentiasa ada untuk kita tak kira susah atau senang.Allah sentiasa memberi kita peluang demi peluang untuk kita memperbaiki diri kita.Kita hanyalah hambaNya,tak lari dari melakukan kesilapan.Walau apapun yang berlaku,kembalilah pada Allah,berdoa la padaNya,serahkan diri padaNya,sujudlah pada Allah,pencipta sekalian alam...

INILAH KEHIDUPAN.....


Hidup tak selalunya indah
tapi
yang indah itu akan tetap hidup
di dalam kenangan

Hidup memerlukan pengorbananan
Pengorbanan memerlukan perjuangan
Perjuangan memerlukan ketabahan
Ketabahan memerlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Kekayaan bukanlah satu dosa
dan kecantikan bukanlah satu kesalahan
Oleh itu jika kita memiliki kedua-duanya
janganlah kita lupa pada Yang Maha Berkuasa

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir
betapa pun jua empuknya pasir itu
Kalaulah kita tidak mampu untuk menggembirakan orang lain
janganlah pula kita menambah dukanya
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

percayalah,
hari esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok

Tuesday, July 19, 2011

DUGAAN....



Jangan bersedih & merungut dengan ujian yang ALLAH bagi kat kita
Sesungguhnya ALLAH xkan menguji hambaNYA jika ALLAH tahu hambaNYA xmampu menempuhinya...
Redha & pasrah dengan setiap ujian...
Sesungguhnya setiap ujian yang kita lalui ada hikmahnya...
ALLAH menguji kita kerana DIA mahu kita tahu bahawa DIA sayang & ingat kita...
Manusia sering lalai & alpa dengan dunia...
Kadang kadang sampai lupakan ALLAH...
Kita kena ingat bahawa ALLAH adalah kekasih sejati & abadi kita..

JIKA HARI INI.....


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.