Sunday, October 30, 2011

Hargailah Insan Yang Menyayangimu

Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.

Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?

Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.

Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.

Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.

Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.

peringatan...

‎3 Soalan 1 Penampar...

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

Tuesday, October 25, 2011

cinta...

Sekiranya kamu dapati dirimu
Menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu
Janganlah merasa tersisih…
Tiada salahnya menyintai seseorang…
Kerana cinta tidak memilih untuk singgah dihati sesiapa.

Sekiranya kamu dicintai
Oleh seseorang yang tidak kamu cintai
Anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu..
Kembalikan penghormatan itu
Dengan cara yang ikhlas dan jujur
Janganlah mengambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Sekiranya kita bercinta
Dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita
Dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi..
Tiada siapa yang harus dipersalahkan
Relakan cinta itu pergi… kerana setiap yang berlaku
Ada maksud yang tersembunyi.. dan kita akan menyedari..
Apabila masa silih berganti

Bagaimana kamu mengurusi cinta
Begitulah kamu mengurusi dirimu
Dan setiap hati dan perasaan
Mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
Sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta
Kerana cinta itu sendiri
Akan memilih untuk singgah dihati sesiapa..
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu
Dengan segala misteri di dalamnya
Apabila ia datang mengetuk pintu hatimu..
Nikmatilah sebagaimana ia membuat hidupmu
Bahagia dan bebaskanlah ia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri..
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihati kamu..
Untuk bercinta kita mesti berani
Janganlah takut pada kegagalan, tapi takutlah pada kemungkaran
Bersedialah menghadapi kegagalan
Sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita

Cinta tidak semestinya membawa
Kebahagiaan dan keindahan..
Cinta juga adalah pemusnah
Dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang..
Oleh itu berhati-hatilah
Dalam menyambut atau menerima
Huluran cinta dari seseorang itu

Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis
Sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya..
Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud
Bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci..

Cinta itu satu seksaan jika tiada kepastian..
Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuah kepastian
Gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur
Berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan..
Apa jua keputusan yang bakal diterima…
Tabahkanlah hatimu selalu kerana tidak semua impian
Dan kehendak kita menjadi milik kita.

Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan..
Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal
Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah
Adalah segala-galanya....

Sunday, October 23, 2011

cinta bersegi....

bismillahirrahmannirahim.....

kisahnya begini....
da seorang girl ni,dia ni mnarik phtian....klu spa tgk msti tgugat iman...n da seorang boy ni yg besa ja...dpa memg slalu bjumpa n kua bsama..g mna2 pn msti sma...dpa slalu mcj,bhubung n tba2 satu hri dpa smpaikn isi hti msing2 tp yg mjdi mslh awek 2 dh bpunya.... boy 2 slalu pk apa dia wat 2 betol x,apa ksudahan hubgn 2....kdg2 boy 2 tpk,adakah dia dtg hnya sbgai pneman bla girl 2 kesunyian...bla dia nk,dia pkai tp bla dh xnk dia buang...1 hri dpa p jalan2...yg mjdi plik bg boy 2 hp girl 2 sntsa bbunyi,mcj sntsa...tpk boy 2 byk gak skandal girl ni...tp boy 2 xtau pa yg sbnrnya sbbny tkt nk msok cmpur kos t pa plak girl 2 ckp kn....kdg2 boy 2 pk nk jauhkn dri tp xleh nk wtpa sbb boy 2 syg girl 2...ag pn boy 2 xda spa pn kcuali girl 2....xtaula pa akn jd kat dpa pasni....yg pstinya girl 2 still sygkn bf dia n pd msa yg sama dia sygkn boy 2...n pd msa yg sma gak boy 2 still sygkn ex dia n sntsa tunggu wlaupn tau 2 sia2.....biarlah ALLAH mnntukn....

Friday, October 21, 2011

DALAM HATI SIAPA YANG TAHU

Hati…

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

jarak antara 2 hati....

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita...