Monday, January 23, 2012

hidup....

Buat apa nak MENANGIS pada orang yang telah MENYAKITIMU...
Buat apa nak KECEWA pada orang yang telah MEMUSNAHKAN harapanmu...
Buat apa nak LEMAH pada orang yang telah MENJATUHKANMU...
Buat apa nak IKUT perasaanmu yang telah terlampau SEDIH...

NAMUN.....

Seharusnya kamu perlu belajar SENYUM bila orang menyakitimu..
Belajar BANGUN ketika orang memusnahkan harapanmu..
Belajar KUAT bila orang telah menjatuhkanmu..
Dan kamu seharusnya belajar melawan perasaanmu yang sedih itu..
Dan jangan mudah mengikut kehendak perasaan yang akhirnya menjerat dirimu sendiri..

Saturday, January 21, 2012

jika perempuan menangis

Jika seorang perempuan menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya...

Seorang perempuan tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah...

Seorang perempuan tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egonya...

Wahai lelaki,
jika seorang perempuan pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian,
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam...

Wahai lelaki,
jika seorang perempuan menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya...

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
Tutur katanya merupakan kebenaran...
Senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya...
Pelukan & ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anaknya...

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa..
Dia terharu, menangis bila melihat kesengsaraan pada orang2 yang dikasihinya...
Dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya...
Dia sangat gembira melihat kelahiran...
Dia begitu sedih melihat kematian..
Titisan air matanya bisa membawa kedamain...

Tapi dia sering dilupakan oleh lelaki kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa berharganya dia"

Sunday, January 15, 2012

DIA dan AKU

Kata dia...
Cinta itu subjektif...
Kata aku...
Cinta itu relatif...

Kata dia...
Cinta itu dekat...
Kata aku...
Cinta itu percaya...

Kata dia...
Cinta itu x perlu di paksa...
Kata aku...
Cinta itu buatku menunggu.

Kata dia...
Dlm hatinya sudah punya cinta...
Kata aku...
Hatiku bagai di tusuk sembilu...

Kata dia...
Dia x ingin menyiksa...
Kata aku...
Aku rela merindu...

Kata dia...
Kami berbeza...
Kata aku...
Hati kita tetap satu...

Kata dia...
Biarkan masa berlalu...
Kata aku...
Biarlah begitu...

Dia....
Bagaimana kita bisa bersatu jika hati kita membeku...
Smpai bila harus kita menunggu...
Bagaimana harus ku setia bila tiada jawapannya...
Jangan biarkan aku kecewa...


Aku...
Lupakan lah kenangan lalu...
Agar aku x disakiti selalu...
Peliharalah hatiku...
Jangan biarkn dia melukaiku...


Walaupun dia mencintaiku...

Dia dan Aku Kata -Zahiril Adzim

Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.


Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh,
biar aku lawan untuk jodoh ini!"

Friday, January 13, 2012

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

cinta sejati....

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan

Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai

Cinta sejati tidak memandang wang, tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta.

Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga

Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat

Cinta sejati ialah cinta ibu kepada anaknya.

Cinta sejati daripada seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki, sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu

Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata...