Sunday, August 7, 2011

BuKan YaNG BaRu....

Memang payah untuk kita perbetulkan apa yang pernah kita buat di masa lalu. Kita boleh hanya jadi menyesal, menjadikan ia sebagai pengajaran dan mendapat pengalaman baru untuk kita melalui hidup.

Mungkin ada yang akan mengatakan sesuatu itu terjadi kerana ia sudah ditakdirkan. Seringkali manusia bertindak mengikut keadaan dan situasi. Manusia boleh terpengaruh dengan situasi dan boleh hanyut dengan keadaan. Masalah mula timbul jika sesuatu perkara yang berkaitan manusia ini tidak mempunyai pemahaman yang sama dan pendekatan yang sama.

Aku juga pernah merasakan aku banyak buat silap sepanjang hidup ini. Aku memang merasakan aku manusia yang sering membuat kesilapan. Tapi aku belajar daripada kesilapan. Situasi membuatkan aku jadi lupa dan tujuan asal sebenarnya mengapa aku bertindak sedemikian. Pernah aku katakan dulu, aku manusia yang kompleks dan suka berubah-ubah. Sudah banyak kali aku nyatakan. Itu dulu. Aku sudah lengkap satu pusingan pembelajaran dalam perkara yang berkaitan tentang hati dan perasaan.

Kini, aku sudah tahu apa aku perlu dan apa aku mahu. Aku sudah ada jawapan yang sangat aku yakin aku mahukan. Dulu, aku pernah juga rasa begini dengan seseorang yang sama. Tapi masa itu aku baru budak lelaki yang naif dan baru belajar. Sekarang, di usia yang masuk 23 tahun, aku sudah pasti dengan apa yang aku mahu. Aku sudah banyak belajar tentang perkara ini. Kini aku sedar apa erti kehilangan dan betapa aku sangat rugi dan bodoh untuk pernah melepaskan apa yang pernah menjadi milik aku dulu. Aku rasa sangat bersyukur dengan peluang kedua yang telah diberikan Tuhan. Aku mahu perbetulkan keadaan. Aku mahu jadi lebih baik daripada yang dahulu.

Aku banyak menyakitkan hati orang sepanjang dewasa ini. Aku mengaku salah tapi aku terus belajar. Sekarang pembelajaran aku tamat di satu tempat. Di mana aku boleh menilai setiap benda yang aku lakukan. Aku tak pernah menyalahkan apa yang pernah terjadi. Semua yang terjadi adalah kehendak Tuhan dan aku hanya boleh belajar daripada kesilapan. Manusia sekeliling sudah tentu ada yang menilai aku ini jahat dan sebagainya. Aku mengaku aku tidak baik dan buat silap. Cuma satu sahaja aku mahu katakan. Aku juga berhak untuk merasakan apa itu gembira,bahagia dan keindahan hidup. Aku juga mahu hidup dalam keadaan boleh tersenyum dan selesa dengan keadaan. Aku juga perlu gembira....

1 comment:

  1. bljr dr kesilapan..
    kesilapan mengajar erti kedewasaan...

    Sesungguhnya bila kita melihat sesuatu apa yang berlaku dengan mata hati, sandarkan segalanya pada Allah, tentu tiada keluh kesah itu. Tentu kita takkan mengeluarkan perkataan 'kalau'. Tentu kita menerima segalanya dengan berlapang dada di saat ia terjadi.


    Ayuh, berusaha untuk menjadi hamba yang paling yakin dengan doa dan paling redha dengan ketentuanNya. (=

    ReplyDelete