Wednesday, August 31, 2011

Hanya Pelakon Di PermentasanNYA

Hidup Umpama Sebuah Roda,
kadang kala kita di atas
kadang kala kita dibawah
Dan akan terus berputar
Sehingga satu hari nanti
Ianya akan berhenti dengan sendiri nya..

Kadang kala di atas dan
kadang kala kita akan berada dibawah
yang hanya menunggu giliran
untuk pusingan yang seterusnya

Begitulah dengan kehidupan
kita sebagai manusia
yang hanya singgah sementara
sahaja di dunia yang fana ini..

Kita hanya seperti seorang
pelakon yang hanya melakonkan
watak yang diberi dan sudah
ditentukan olehNYA dimana
kita akan berhenti tuk terus
melakonkan watak kita.

Tapi corak lakonan itu adalah
lahir dari hati kita sendiri.
Bagaimana cara kita hendak
membawa dan mencoraknya??
hanya kita yang mampu tuk mencorakkan
hidup kita,dengan cara kita tersendiri
sama ada memilihnya ke arah kebaikan
mahupun ke arah keburukan.

Jadi,bagaimana pun watak kita
di dunia ini,kita yang tentukannya
kita yang melakonkannya..
walaupun hanya sementara
KITA TETAP PELAKONNYA

No comments:

Post a Comment